PMWL: Yoodo Gank dan Team Secret Layak ke Final Liga Dunia

0
214

Selepas bertarung sengit selama tiga minggu, akhirnya dua pasukan negara, Team Secret dan Yoodo Gank layak ke final liga dunia (PMWL Timur) yang telah berlangsung pada 6 Ogos hingga 9 Ogos lepas. .

Pasukan Team Secret berjaya mendapat keseluruhan 4 Winner Winner Chicken Dinner sepanjang tiga minggu Super Weekend (di mana mereka mendapat dua WWCD dalam perlawanan pembukaan).

Dengan keseluruhan 432 mata dan 181 mata kill, Team Secret berjaya raih tempat kelima.Sementara itu, Yoodo Gank pula di tempat ketiga belas dengan tiga Chicken Dinner (hatrik pada minggu pertama Super Weekend). Mereka mengumpulkan 284 mata dan 100 mata kill.

Difahamkan, skor mereka sedikit rendah kerana tidak layak ke Super Weekend kedua. Pasukan Team Secret membawa pulang RM29,000 di tempat kelima, diikuti RM4,000 oleh Yoodo Gank. PMWL Timur Final mengumpulkan hadiah wang tunai sebanyak RM1.8 juta. Diharap Yoodo Gank dan Team Secret akan terus maju di masa hadapan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here