CARA-CARA MEMPEROLEH KECEMERLANGAN AKADEMIK

0
192

Kecemerlangan akademik merujuk kejayaan yang diperoleh oleh pelajar di sekolah. Walaupun ada pihak yang merujuk kejayaan ini di dalam bidang akademik sahaja tetapi zaman sekarang kejayaan di dalam bidang kokurikulum tidak boleh dipinggirkan. Jadi, apakah kaedah-kaedah yang boleh dilakukan oleh seseorang pelajar dalam usaha mencapai kejayaan cemerlang dalam akademik itu?

Tindakan pertama ialah pelajar perlulah melakukan ulang kaji yang kerap terutama subjek yang sukar buat mereka. Amalan ini boleh dilakukan ketika berada di sekolah dan juga ketika di rumah pada masa terluang. Kekerapan melakukan ulang kaji memudahkan pelajar memahami sesuatu topik dengan lebih mendalam lalu tidak akan mengalami masalah ketika menghadapi peperiksaan kelak.

Selain itu, pelajar yang bermatlamat tinggi untuk memperoleh kejayaan dalam akademik, mereka hendaklah memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pengajaran guru di sekolah. Mereka mestilah bersedia mendengar dan menyalin semua isi-isi penting yang disuarakan oleh guru. Fokus ketika guru mengajar di kelas memudahkan pelajar untuk mengetahui bahagian penting sesuatu topik apabila diberi penekanan oleh guru.

Tambahan pula, kejayaan dalam akademik yang holistik apabila pelajar terbabit menyertai aktiviti kokurikulum secara aktif. Pelajar yang berfikiran positif akan melibatkan diri dalam aktiviti persatuan, pasukan beruniform, sukan dan sebagainya dalam usaha menjadikan diri mereka serba boleh dalam pelbagai. Penglibatan pelajar dalam kokurikulum juga berupaya untuk merehatkan minda.

Kajian juga telah membuktikan bahawa kejayaan pelajar dalam akademik banyak ditentukan dengan tahap interaksi mereka dengan rakan dan guru di sekolah. Hubungan yang lebih mesra dan harmoni sesama pelajar lain dan guru akan menjadikan jiwa pelajar lebih tenteram lalu mudah menerima pengajaran guru. Interaksi dengan guru juga membolehkan guru memberikan tumpuan khusus kepada pelajar berdasarkan kemampuan mereka dalam sesuatu subjek tersebut sehingga Berjaya.

Konklusinya, semua tindakan yang dihuraikan tadi boleh dilakukan oleh semua pelajar yang mahu mencapai kejayaan dalam akademik mereka. Pelajar harus sedar dan memahami bahawa kejayaan akademik penting supaya kehidupan masa depan mereka lebih terjamin dan cerah. Kegagalan memperoleh kejayaan akademik di sekolah boleh membawa satu dugaan kehidupan yang maha besar kepada pelajar tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here