ML: RED ESPORTS DEDAH PEMAIN MEREKA UNTUK MPL

0
233

Organisasi e-sukan tempatan, Red Esports telah mengumumkan barisan penuh pemain-pemain mereka untuk Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL MY/SG) Musim Keenam yang telah bermula pada 28 Ogos lepas.

Dalam satu posting di Instagram, mereka memuat naik satu gambar memperlihatkan kesemua pemain. Umum mengetahui, pemain-pemain Red ini adalah bekas lineup Orange Esports Reborn yang berjaya meraih tempat ketiga dalam MPL musim lalu.

Silo, Mal, Eren, Grengo, Cakbu dan Mom melalui pusingan kelayakan dari bawah dan berjaya meraih top 4 dan seterusnya menjadi antara dua pasukan yang layak ke musim liga kali ini di bawah nama Red Reborn.

Musim liga MPL MY/SG Musim Keenam telah bermula pada 28 Ogos lepas. Sebanyak 10 pasukan akan bertanding selama enam minggu iaitu:

Pasukan Malaysia:

Team Bosskurr (jemputan)

Geek Fam (jemputan)

Todak (jemputan)

Orange Louvre Esports (jemputan)

Team SMG (kelayakan)

Red Bella Ciao (kelayakan)

Pasukan Singapura:

Resurgence (jemputan)

EVOS SG (jemputan)

Forsaken (kelayakan)

Divinity Esports (kelayakan)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here