PMPL MY/SG MUSIM 2

0
166

PMPL MY/SG Musim 2 sedang berlangsung dari 19 Ogos hingga 27 September ini. 24 pasukan PUBG Mobile terhebat dari Malaysia dan Singapura akan bertanding untuk merebut sebahagian daripada hadiah terkumpul US$150,000.

Musim Liga Minggu 1 – 19 Ogos hingga 23 Ogos

Musim Liga Minggu 2 – 26 Ogos hingga 30 Ogos

Musim Liga Minggu 3 – 2 September hingga 6 September

Musim Liga Minggu 4 – 9 September hingga 13 September

Grand Finals – 25 September hingga 27 September

Perlawanan hari minggu akan bermula pada waktu 5 petang dengan perlawanan Showmatch. Perlawanan hari hujung minggu pula akan bermula pada waktu 3 petang dengan perlawanan Super Showmatch antara semua pasukan tidak kira kumpulan.

Para peminat e-sukan PUBG Mobile juga boleh mendengar podcast PMPL MY/SG Musim 2 yang akan dikeluarkan pada setiap hari Selasa selepas Regular Season Minggu 1 berakhir. Podcast tersebut akan dihoskan oleh J Hunter.

Hadiah terkumpul kejohanan ini berjumlah US$150,000 (RM628,500). pasukan-pasukan yang akan bertanding di PMPL MY/SG Musim 2. Terdapat 24 pasukan yang akan bertanding, 20 dari Malaysia dan 4 dari Singapura.

Pada ketika ini, carta didahului oleh Team Secret. Selamat maju jaya semua.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here