Sebab–Sebab Anak Muda Harus Memiliki Rumah

0
248

1. Satu Rumah, Satu Anak

Salah satu punca utama masyarakat Malaysia membuat pinjaman persendirian atau personal loan adalah untuk digunakan dalam perbelanjaan barang keperluan anak–anak. Contohnya seperti susu, lampin, baju dan seumpamanya. Perbelanjaan yang dilaburkan untuk keperluan anak–anak, kadang–kadang adalah lebih tinggi daripada orang dewasa. Oleh itu, dengan menjadikan rumah sebagai aset untuk anak, sewa yang dikenakan kepada rumah tersebut boleh dijadikan duit lebihan untuk perbelanjaan bulanan mereka. 

2. Yuran Pembelajaran

​Melalui pemilikan hartanah, teknik refinancing atau topup loan mampu memberi kewangan lebihan kepada pemilik rumah. Kewangan inilah yang dijadikan sebagai yuran pembelajaran buat anak–anak di sekolah atau di universiti. Hal ini sangatlah memuaskan ibu bapa seandainya mereka mampu untuk menghantar anak–anak mereka ke sekolah atau universiti yang bertaraf tinggi untuk mendapatkan pendidikan yang lebih berkualiti.

3. Harga Kekal Naik

​Umumnya, masing–masing sudah cakna bahawa harga rumah akan naik dari tahun ke tahun. Jika kita tidak bersedia melabur duit untuk membeli rumah pada waktu ini, maka semakin susahlah anak–anak kita yang terkemudian untuk membelinya. Lainlah kalau keturunan asalnya memang berada, sudah tentu mampu mampu membeli rumah dengan mudah. Namun, mentaliti masyarakat sekarang selalu menunding jari pada orang–orang terdahulu disebabkan harga rumah pada waktu dulu berganda murahnya tetapi sikap ini tidak dapat mengubah reality kehidupan sekarang melainkan diri sendiri yang berhasrat untuk menentu nasib kita pada masa akan datang. 

4. Pemilikan Aset di Tanah Air Sendiri

​Memang kebiasaannya, setiap orang ingin mempunyai sebuah rumah di tanah airnya sendiri. Jadi, sebagai rakyat Malaysia, rumah ini merupakan satu aset anda sebagai penduduk di Malaysia. Walaupun anda berhasrat membina rumah di negara orang sekalipun, biarlah di tanah kelahiran, anda sudah memiliki aset ini. 

5. Bijak Kewangan

​Dalam pembelian hartanah mahupun rumah, anda perlulah bersikap rasional dalam membuat keputusan lagi–lagi yang berkaitan dengan pengurusan kewangan. Hal ini kerana anda mempunyai prioriti yang lain seperti perbelanjaan seharian dan keperluan keluarga yang perlu dititiberatkan, jadi pengurusan kewangan yang bijak perlulah dilakukan. Misalnya, anda tidak melaburkan kewangan anda dalam pembelian sesuatu barang yang tidak diperlukan. Hal ini bertepatan dengan sikap membeli apa yang perlu bukan apa yang mahu. Jadi, kereta dan gadjet yang mahal boleh diketepikan dahulu. 

6. Tiada Riba

​Isu ini selalu dianggap salah oleh kebanyakan orang. Mereka beranggapan bahawa pembelian rumah melalui pinjaman bank adalah berunsurkan riba. Namun, kenyataan tersebut adalah salah kerana tidak semua pinjaman bank begitu. Misalnya, pembiayaan Islamik yang terdapat dalam bank–bank tertentu adalah dibenarkan dari sisi Islam.

7. Kompetitif dan Berdaya Saing 

​Sekiranya anda bekerja sebagai seorang yang makan gaji sahaja, mungkin susah untuk anda berniaga apabila kekurangan masa, tiada minat mahupun tiada darah niaga dalam diri. Namun, itu bukanlah satu alasan untuk anda tidak mencari jalan alternatif bagi menambah pendapatan. Melalui pelaburan hartanah, sewaan rumah, ia mungkin adalah cara yang terbaik untuk anda disebabkan pengurusannya yang lebih mudah berbanding berniaga sendiri. 

8. Tingkat Taraf Hidup 

Dengan kos sara hidup yang kian meningkat saban hari, anak muda perlulah mencari satu sumber pendapatan sampingan yang boleh menampung dan mengawal kenaikan harga barang di Malaysia. Jadi, dengan memiliki rumah adalah salah satu cara yang efisien kerana memberikan hasil pulangan yang banyak kepada pemilik rumah. Malahan, ia menjadi satu titik tolak untuk kita mula hidup dalam kawalan masa hadapan supaya masa depan kita lebih terjamin. Selain itu, cara ini juga memberi kita peluang untuk mampu memiliki rumah yang besar, kereta yang berkualiti dan perbelanjaan seharian yang optimum.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here